Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday 17 November 2011

"PETUA KECANTIKAN WAJAH"

hai..hai..hai....erin kembali lagi...ceh!!mcm artis plak..hahahahha...k.lah..tadi erin share pasal wanita kan...skrg erin nak jadi opah2 sikit plak w'pun muda ag..heee... erin nak share pasal "PETUA KECANTIKAN WAJAH YG ASAL DARI KG"...kalo korang nak try..cuba lah..kot2 berhasil..Jom bace!!!

:70:Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambil sedikit madu kemudian campurkan dengan bedak sejuk. pastu tepek kat muka yang yang ada parut jerawat Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat

:70: Menghilangkan Tahi Lalat
ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar,
sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut.
Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera.

:70:Bibir Merah Semulajadi
sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

:70:Melebatkan Bulu Kening
Ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. kot2 leh lebat cam shincan..heeee

:70:Kulit Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka.
Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering. atau Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

:70:Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya,
jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu....


:70:Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.


:70:Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam
insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

ha!!tue jelah yang dpt erin share...sekian, terima kasih..heeee..=)

:face64::face64:
suka?pe ag like ar..heee

0 comments:

Post a Comment

copyright@2011.all right reserve by erYnn86