Hehehehehehee...kali nie nak share pasal cara tido lak..sume info nie erin search je kat google..(mcm biase lah..copy n paste je..)
Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas

Menelentang dan kaki bersilang
Mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan.
Mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.
Mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan.
Mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.

Cara tidur seperti ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu. Bagaimanapun, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya. Dari sudut yang lain, anda adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, anda sukar jatuh cinta dengan sesiapa. Atau, mungkin kerana anda seorang yang pemilih?
Jika anda tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, anda berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka. Kemungkinan, anda juga tidak mempedulikan hal orang lain. Anda juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur.
Tidur dengan cara sisi
Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan.Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.

Sisi dan badan merengkok
Anda digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Mereka yang berada di sekeliling anda harus berhati-hati, kerana anda seorang yang mudah marah.
Anda digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Mereka yang berada di sekeliling anda harus berhati-hati, kerana anda seorang yang mudah marah.
Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh
Berbeza dengan personaliti sebelum ini, anda adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa.Bagaimanapun, ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna. Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.
sisi dengan sebelah lutut bengkokBerbeza dengan personaliti sebelum ini, anda adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa.Bagaimanapun, ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna. Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.
Anda digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Anda perlu belajar untuk relaks.
Berselubung dalam selimut
Jangan terkejut kalau dikatakan, anda hanya kelihatan `macho' ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya anda seorang yang amat pemalu dan lemah. Anda juga menyimpan banyak rahsia. Tetapi, jika anda berdepan dengan masalah, anda hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa. Atas sebab itulah, wajah anda juga sering berkerut ketika tidur.

okeylah..setakat nie je...babai...
(SUMBER DARI GOOGLE)
0 comments:
Post a Comment