Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday 20 January 2012

"Puisi"

hhohohoho!!!..
hai kengkwn n gud moning!!!

pagi nie kite layan puisi nak tak???hikhikhik...puisi yg mana bile sang suami nak buka cawangan lain...huhuhu... Jom Layan!!!..........

(From Sang Suami)

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari
ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu
penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap
menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...


(Jawapan balas Sang Isteri)

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang
memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan
sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN
ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN
TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah
bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana
bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!!

jangan la nak berangan!!!.......


sekian....terima kasih...>_<
suka?pe ag like ar..heee

0 comments:

Post a Comment

copyright@2011.all right reserve by erYnn86